PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG
|
|
CPR UNTUK BAYI (UMUR KURANG DARIPADA 1 TAHUN)
|
|
Apabila CPR
dilakukan ke atas bayi, perhatian yang lebih diperlukan bagi mengelakkan
daripada berlakunya sesuatu yang merbahaya kepada nya. Maka terdapat
banyak perbezaan teknik CPR dan rawatan tercekik untuk bayi
A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)
B. PERNAFASAN
(BREATHING)
C. EDARAN DARAH (CIRCULATION)
Penilaian : tentukan ketiadaan nadi. Rasa nadi brakial di sebelah dalam lengan dengan 2 jari sambil mendongakkan kepala dengan tangan yang satu lagi.
Mulakan tekanan dada. Bayang satu garis yang
Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan.
Sekiranya anda ingin mengetahu langkah-langkah CPR bagi dewasa anda boleh melawati blog http://matnurkhusairy.blogspot.my/
|
The ahmad's
Friday, 29 July 2016
PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK UNTUK BAYI KURANG DARIPADA 1 TAHUN
Catacomb Di Paris
Kelmarin aku bukak channel movie Astro ada satu movie yang
bertajuk As Above So Below. Apa yang menarik dari filem Hollywood ini
memaparkan satu filem yang berkisarkan sejarah.ilmu sains purba dan teori
konspirasi yang memasuukan elemen illuminati.
Tapi apa yang aku nak ketengahkan disini tentang lokasi
filem tersebut adalah di kota Paris yang mempunya jalinan laluan bawah tanah
dan kubur bawah tanah yang sangat luas.Ada sesiapa pernah dengar pasal tempat
ni? Sebenarnya nak dikatakan berhantu pun susah jugak sebab tempat ni menjadi
salah satu destinasi pelancongan kepada sesiapa yang datang ke Paris. Tapi
mengikut bualan orang tempatan (cehh macam pergi buat survey je dekat sana kan
:p), tempat ni memang agak "berpenghuni" sebab ia menempatkan
orang-orang yang dah mati.
Mengikut bacaan-bacaan yang telah dibuat, sebenarnya kawasan
Catacomb yang berada dibawah tanah ni adalah bekas galian orang-orang Roman.
Mereka gali kawasan ni untuk mendapatkan limestone atau batu kapur sebagai
bahan binaan. Selepas beberapa ketika dan dunia semakin maju, Tempat galian ini
telah menjadi satu terowong yang sangat panjang iaitu lebih kurang 300km di
bawah bandar Paris. Semasa zaman peperangan, terowong ini juga dijadikan
sebagai kubu dan tempat berlindung bagi askar-askar. Apabila peperangan tamat,
terowong ini dibiarkan kosong kembali kerana strukturnya yang tidak kukuh dan
sering berlaku runtuhan. Apabila Paris semakin maju, timbul masalah kekurangan
tempat pengebumian di sana.
Tanah perkuburan yang biasanya berada dekat dengan gereja
semakin penuh menyebabkan penduduk sekitarnya mengalami masalah. Penyebaran
penyakit merupakan ancaman terbesar bagi penduduk sekitar kerana ada mayat yang
tidak dikebumikan dengan sempurna. Akhirnya, kerajaan negara tersebut
memutuskan untuk membuka semula terowong itu dan semua mayat dipindahkan ke
situ. Upacara pemindahan mayat hanya dilakukan pada waktu malam kerana paderi
di sana mengatakan itu adalah waktu yang paling sesuai. Ini kerana bagi
masyarakat di sana, orang yang hidup tidak sepatutnya mengganggu orang yang
telah mati ("one should leave the dead alone"). Jadi bagi menghormati
mereka dan mengelakkan kejadian yang tak diingini, pemindahan rangka-rangka dan
mayat dilakukan pada waktu malam. Jadi, itulah sejarah terciptanya tempat ni.
Banyak perkara aneh sering terjadi di Catacomb ni memandangkan tempat ni
dipenuhi dengan tulang dan rangka manusia yang dah mati.
Mengikut kata orang
tempatan, ada satu kisah di mana seorang lelaki bercakap besar dan memperlekehkan
tempat tersebut. Lalu dia pun masuk ke dalam tempat ini bagi membuktikan
keberaniannya. Akibatnya, dia tersesat di dalam tempat tersebut dan sehingga
hari ini dia masih tidak keluar dari kawasan tersebut. Selain itu, terdapat
juga penampakan cahaya di dalam gambar, bunyi-bunyian suara manusia dan
perasaan diekori apabila berjalan di koridor kawasan tersebut. Terdapat juga
beberapa saksi yang pernah terlihat sekumpulan bayang-bayang berjalan di
koridor kawasan tersebut. Ada juga pengunjung yang pernah disentuh atau ditarik
oleh sesuatu dari belakang tetapi apabila menoleh ke belakang tiada sesiapa pun
di belakang mereka. Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan tetapi
memandangkan ia tempat orang mati, jadi mungkin ada logiknya terdapat jin dan syaitan
yang suka berkeliaran di kawasan tersebut. Dan tugas mereka semestinya adalah
untuk mengganggu dan menyesatkan sekalian manusia. Di bawah ini ada beberapa
keping gambar yang didakwa merupakan aktiviti paranormal yang terdapat semasa
pengunjung sedang mengambil gambar
Thursday, 28 July 2016
Alopecia
Pada post kali ini aku akan kongsikan sesuatu yang berlaku
kepada aku. Post kali ini aku akan kongsikan pasal rambut. Rambut adalah satu
bahagian badan yang penting bagi seseorang. Tanpa rambut yang sihat dan lebat
seseorang mungkin akan mengalami sedikit tekanan psikologi. Tekanan psikologi
tersebut akan menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Malu dengan
kawan-kawan dan mungkin dijadikan bahan gelak dan gurauan pada kawan-kawan.
Baru-baru ini aku perasan yang aku keguguran rambut… bukan secara keseluruhan tapi di satu tempat berbentuk bulat kecil di kepala aku, bukan satu tapi tiga tompokan. Argghh.. tensen rasanya termasuk kali ini sudah empat kali aku kene dalam tempoh 13 tahun. Perkara yang aku alami ini adalah satu penyakit kulit yang dinamakan Alopecia Areata
Alopecia Areata lazimnya dikaitkan dengan penyakit autoimmune pada kulit. Masalah ini akan menyebabkan kehilangan rambut di kepala dan bahagian lain badan. Ia bermula dengan kehilangan rambut yang kecil yang berbentuk bulat kecil sehingga menampakkan kulit kepala kemudian ia akan membesar di kepala (alopecia totalis) dan adalakanya kesemua bulu rambut di seluruh badan menjadi gugur(alopecia Universalis). Walaubagaimanapun rata-rata masalah ini terjadi di kulit kepala dan ianya terjadi kepada semua, lelaki,wanita dan kesemua peringkat umur walaupun seorang bayi turut tidak lepas daripada masalah ini.
Alopecia ini boleh menyebabkan folikel rambut menjadi mengecil dan rambut yang tumbuh semula menjadi jarang. Walaupun begitu, setiap orang adalah tidak sama pertumbuhan rambut mereka ada yang kembali lebat seperti normal da nada juga yang tidak tumbuh rambut langsung, ianya bergantung dengan tubuh seseorang tersebut.
Melalui pengalaman aku. Semasa pertama kali aku dapat masalah ini. Aku dengan pantasnya memotong pendek rambut aku macam askar, supaya rambut aku yang lain yang berada di sekitar kulit kepala aku yang bemasalh tersebut tidak turut gugur kerana ianya bagaikan tanah runtuh.. sekiranya aku membiarkan rambut tersebut panjang ia akan menjadi tidak kuat dan mudah gugur sekiranya aku menyikat rambut yang disapu pomade. Kemudian aku beli tonik rambut untuk treatment. Buat masa ini tonik rambut yang aku paling percaya sekarang adalah tonik rambut jenama Hair pro. So dalam masa beberapa minggu lagi rambut aku akan tumbuh seperti sediakala, insyaAllah. Sebenarnya masalah ini tiada ubat yang spesifik.
alopecia areata
alopecia universalis
Wednesday, 13 July 2016
pengenalan diri
Blog ini adalah blog yang dihasilkan sebagai satu tugasan subjek Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan (STID 1103) oleh Universiti Utara Malaysia.
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR
KOD DAN NAMA KURSUS
STID1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN
STID1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN
SEMESTER
KETIGA 2015/2016
KETIGA 2015/2016
TUGASAN 4
Blog
DISEDIAKAN UNTUK
EN. MOHAMAD NAZER BIN ANNOR
EN. MOHAMAD NAZER BIN ANNOR
DISEDIAKAN OLEH
AHMAD FAUZI BIN JAAFAR
AHMAD FAUZI BIN JAAFAR
241051
Wednesday, 6 July 2016
Raya 2016
HARI RAYA 2016
Selamat hari raya aidilfitri, raya pada tahun ini tak sama seperti hari raya aku yang lain. Diuji dengan anak aku yang demam akibat kesan daripada pneumonia.. dengan persekitaran tempat keje yang... emmm...damn!!! aku tak suka langsung and berharap aku cepat keluar daripada tempat ni yang bukan kepakaran aku and yang bukan minat aku, lagi-lagi pulak aku kene bekerja pada hari raya yang mulia ini buat kali pertama.
So pada hari ini aku akn mengupas serba sedikit mengenai Pneumonia dengan cara seringkas yang boleh.
Pneumonia
Penumonia terbahagi kepada 2 :
- Community associated pneumonia. = dijangkiti daripada tempat-tempat awam
- Healthcare associated pneumonia = dijangkiti daripada hospital dan klinik.
Simptom:
Pneumonia ini berpunca daripada jangkitan virus atau bakteria yang masuk ke dalam peparu.
Risiko:
berisiko kepada peseakit astma,kencing manis, cancer untuk dijangkiti dengan mudah dan juga bayi serta kanak-kanak.
Rawatan;
Selamat hari raya aidilfitri, raya pada tahun ini tak sama seperti hari raya aku yang lain. Diuji dengan anak aku yang demam akibat kesan daripada pneumonia.. dengan persekitaran tempat keje yang... emmm...damn!!! aku tak suka langsung and berharap aku cepat keluar daripada tempat ni yang bukan kepakaran aku and yang bukan minat aku, lagi-lagi pulak aku kene bekerja pada hari raya yang mulia ini buat kali pertama.
So pada hari ini aku akn mengupas serba sedikit mengenai Pneumonia dengan cara seringkas yang boleh.
Pneumonia
Penumonia terbahagi kepada 2 :
- Community associated pneumonia. = dijangkiti daripada tempat-tempat awam
- Healthcare associated pneumonia = dijangkiti daripada hospital dan klinik.
Simptom:
- Batuk
- demam yang tinggi
- kesukarann bernafas
- ketap gigi dan menggigil
- sakit dada
- kadar denyutan jantng yang tinggi
- lemah badan
- muntah
- cirit birit
Pneumonia ini berpunca daripada jangkitan virus atau bakteria yang masuk ke dalam peparu.
Risiko:
berisiko kepada peseakit astma,kencing manis, cancer untuk dijangkiti dengan mudah dan juga bayi serta kanak-kanak.
Rawatan;
- Melalui rawatan antibiotik oral dan iv untuk melawan bakteria.
- Nebulizer salbotamol setiap 4 jam untuk mengembangkan saluran pernafasan.
- Kurangkan simptom seperti demam, cirit-birit serta yang lain dengan ubatan yang sesuai.
Ok rasanya cukup ringkas dan mudah untuk difahami...
Subscribe to:
Posts (Atom)










