Thursday, 28 July 2016

Alopecia


Pada post kali ini aku akan kongsikan sesuatu yang berlaku kepada aku. Post kali ini aku akan kongsikan pasal rambut. Rambut adalah satu bahagian badan yang penting bagi seseorang. Tanpa rambut yang sihat dan lebat seseorang mungkin akan mengalami sedikit tekanan psikologi. Tekanan psikologi tersebut akan menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Malu dengan kawan-kawan dan mungkin dijadikan bahan gelak dan gurauan pada kawan-kawan.

 Baru-baru ini aku perasan yang aku keguguran rambut… bukan secara keseluruhan tapi di satu tempat berbentuk bulat kecil di kepala aku, bukan satu tapi tiga tompokan. Argghh.. tensen rasanya termasuk kali ini sudah empat kali aku kene dalam tempoh 13 tahun. Perkara yang aku alami ini adalah satu penyakit kulit yang dinamakan Alopecia Areata
Alopecia Areata lazimnya dikaitkan dengan penyakit autoimmune pada kulit. Masalah ini akan menyebabkan kehilangan rambut di kepala dan bahagian lain badan. Ia bermula dengan kehilangan rambut yang kecil yang berbentuk bulat kecil sehingga menampakkan kulit kepala kemudian ia akan membesar di kepala (alopecia totalis) dan adalakanya kesemua bulu rambut di seluruh badan menjadi gugur(alopecia Universalis). Walaubagaimanapun rata-rata masalah ini terjadi di kulit kepala dan ianya terjadi kepada semua, lelaki,wanita dan kesemua peringkat umur walaupun seorang bayi turut tidak lepas daripada masalah ini.

Alopecia ini boleh menyebabkan folikel rambut menjadi mengecil dan rambut yang tumbuh semula menjadi jarang. Walaupun begitu, setiap orang adalah tidak sama pertumbuhan rambut mereka ada yang kembali lebat seperti normal da nada juga yang tidak tumbuh rambut langsung, ianya bergantung dengan tubuh seseorang tersebut.
Melalui pengalaman aku. Semasa pertama kali aku dapat masalah ini. Aku dengan pantasnya memotong pendek rambut aku macam askar, supaya rambut aku yang lain yang berada di sekitar kulit kepala aku yang bemasalh tersebut tidak turut gugur kerana ianya bagaikan tanah runtuh.. sekiranya aku membiarkan rambut tersebut panjang ia akan menjadi tidak kuat dan mudah gugur sekiranya aku menyikat rambut yang disapu pomade. Kemudian aku beli tonik rambut untuk treatment. Buat masa ini tonik rambut yang aku paling percaya sekarang adalah tonik rambut jenama Hair pro. So dalam masa beberapa minggu lagi rambut aku akan tumbuh  seperti sediakala, insyaAllah. Sebenarnya masalah ini tiada ubat yang spesifik. 


 alopecia areata





alopecia universalis

No comments:

Post a Comment