Friday, 29 July 2016

PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK UNTUK BAYI KURANG DARIPADA 1 TAHUN

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG
BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK
CPR UNTUK BAYI (UMUR KURANG DARIPADA 1 TAHUN)
Apabila CPR dilakukan ke atas bayi, perhatian yang lebih diperlukan bagi mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang merbahaya kepada nya.  Maka terdapat banyak perbezaan teknik CPR dan rawatan tercekik untuk bayi 
A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)
  • Penilaian :  Tentukan tiada respons dengan menggerakkan bahu perlahan-lahan
  • Baringkan bayi di atas permukaan yang keras.  Ampu kepala dan tengkuknya jika ia perlu dipusingkann
  • Buka saluran pernafasan, gunakan teknik dongak-kepala-angkat-dagu(head-tilt-chin-lift).   Berhati-hati supaya tidak mendongakkan kepala terlalu jauh ke belakang
B. PERNAFASAN (BREATHING)
  • Penilaian :  Tentukan tiada pernafasan. sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka,  letakka telinga anda dekat dengan mulut bayi dan perhatikan pergerakkan dada, dengar dan rasa pernafasan bayi pada telinga anda.  Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada terdapat tanda-tanda trauma,  Baringkan mangsa dalam posisi pemulihan.
  • Jika mangsa tiada bernafas, berikan dua pernafasan bantuan perlahan-lahan.  Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi sekali, sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka.  Perhatikan pergerakkan dada dengan setiap pernafasan.  Pernafasan perlu diberi untuk 1 - 1 1/2 saat.dibuat antara kedua tetek bayi.   Letakkan jari hantu dan jari manis disebelstah jari telunjuk.  Angkat jari telunjuk Gunakan jari hantu dan jari manis untuk menekan sternum pada tempat tadi.   Disebabkan adanya variasi dalam saiz tangan penyelamat dan dada bayi, kaedah di atas hanyalah sebagai panduan.  Pastikan jari-jari anda tidak menekan hujung sternun (cuaran xifoid).  Tekan ernum sedalam 1/2 hingga 1 inci, sekurang-kurangnya 100 kali seminit,  Sambil memberi satu pernafasan bagi setiap 5 tekanan.

C. EDARAN DARAH (CIRCULATION)

Penilaian :  tentukan ketiadaan nadi.  Rasa nadi brakial di sebelah dalam lengan dengan 2 jari sambil mendongakkan kepala dengan tangan yang satu lagi.

Mulakan tekanan dada.  Bayang satu garis yang 


Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan.
  • Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat panggilan 999 /991( telefon cepat !)
  • Periksa nadi brakial.
  • Jika tiada nadi, teruskan tekanan dan pernafasan bantuan.
  • periksa nadi setiap beberapa minit
  • Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan.  Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan awasi nadi.  Jika bernafas, pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.

Sekiranya anda ingin mengetahu langkah-langkah CPR bagi dewasa anda boleh melawati blog http://matnurkhusairy.blogspot.my/

Catacomb Di Paris

Kelmarin aku bukak channel movie Astro ada satu movie yang bertajuk As Above So Below. Apa yang menarik dari filem Hollywood ini memaparkan satu filem yang berkisarkan sejarah.ilmu sains purba dan teori konspirasi yang memasuukan elemen illuminati.
Tapi apa yang aku nak ketengahkan disini tentang lokasi filem tersebut adalah di kota Paris yang mempunya jalinan laluan bawah tanah dan kubur bawah tanah yang sangat luas.Ada sesiapa pernah dengar pasal tempat ni? Sebenarnya nak dikatakan berhantu pun susah jugak sebab tempat ni menjadi salah satu destinasi pelancongan kepada sesiapa yang datang ke Paris. Tapi mengikut bualan orang tempatan (cehh macam pergi buat survey je dekat sana kan :p), tempat ni memang agak "berpenghuni" sebab ia menempatkan orang-orang yang dah mati.

Mengikut bacaan-bacaan yang telah dibuat, sebenarnya kawasan Catacomb yang berada dibawah tanah ni adalah bekas galian orang-orang Roman. Mereka gali kawasan ni untuk mendapatkan limestone atau batu kapur sebagai bahan binaan. Selepas beberapa ketika dan dunia semakin maju, Tempat galian ini telah menjadi satu terowong yang sangat panjang iaitu lebih kurang 300km di bawah bandar Paris. Semasa zaman peperangan, terowong ini juga dijadikan sebagai kubu dan tempat berlindung bagi askar-askar. Apabila peperangan tamat, terowong ini dibiarkan kosong kembali kerana strukturnya yang tidak kukuh dan sering berlaku runtuhan. Apabila Paris semakin maju, timbul masalah kekurangan tempat pengebumian di sana.

Tanah perkuburan yang biasanya berada dekat dengan gereja semakin penuh menyebabkan penduduk sekitarnya mengalami masalah. Penyebaran penyakit merupakan ancaman terbesar bagi penduduk sekitar kerana ada mayat yang tidak dikebumikan dengan sempurna. Akhirnya, kerajaan negara tersebut memutuskan untuk membuka semula terowong itu dan semua mayat dipindahkan ke situ. Upacara pemindahan mayat hanya dilakukan pada waktu malam kerana paderi di sana mengatakan itu adalah waktu yang paling sesuai. Ini kerana bagi masyarakat di sana, orang yang hidup tidak sepatutnya mengganggu orang yang telah mati ("one should leave the dead alone"). Jadi bagi menghormati mereka dan mengelakkan kejadian yang tak diingini, pemindahan rangka-rangka dan mayat dilakukan pada waktu malam. Jadi, itulah sejarah terciptanya tempat ni. Banyak perkara aneh sering terjadi di Catacomb ni memandangkan tempat ni dipenuhi dengan tulang dan rangka manusia yang dah mati.

 Mengikut kata orang tempatan, ada satu kisah di mana seorang lelaki bercakap besar dan memperlekehkan tempat tersebut. Lalu dia pun masuk ke dalam tempat ini bagi membuktikan keberaniannya. Akibatnya, dia tersesat di dalam tempat tersebut dan sehingga hari ini dia masih tidak keluar dari kawasan tersebut. Selain itu, terdapat juga penampakan cahaya di dalam gambar, bunyi-bunyian suara manusia dan perasaan diekori apabila berjalan di koridor kawasan tersebut. Terdapat juga beberapa saksi yang pernah terlihat sekumpulan bayang-bayang berjalan di koridor kawasan tersebut. Ada juga pengunjung yang pernah disentuh atau ditarik oleh sesuatu dari belakang tetapi apabila menoleh ke belakang tiada sesiapa pun di belakang mereka. Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan tetapi memandangkan ia tempat orang mati, jadi mungkin ada logiknya terdapat jin dan syaitan yang suka berkeliaran di kawasan tersebut. Dan tugas mereka semestinya adalah untuk mengganggu dan menyesatkan sekalian manusia. Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang didakwa merupakan aktiviti paranormal yang terdapat semasa pengunjung sedang mengambil gambar




Thursday, 28 July 2016

Alopecia


Pada post kali ini aku akan kongsikan sesuatu yang berlaku kepada aku. Post kali ini aku akan kongsikan pasal rambut. Rambut adalah satu bahagian badan yang penting bagi seseorang. Tanpa rambut yang sihat dan lebat seseorang mungkin akan mengalami sedikit tekanan psikologi. Tekanan psikologi tersebut akan menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Malu dengan kawan-kawan dan mungkin dijadikan bahan gelak dan gurauan pada kawan-kawan.

 Baru-baru ini aku perasan yang aku keguguran rambut… bukan secara keseluruhan tapi di satu tempat berbentuk bulat kecil di kepala aku, bukan satu tapi tiga tompokan. Argghh.. tensen rasanya termasuk kali ini sudah empat kali aku kene dalam tempoh 13 tahun. Perkara yang aku alami ini adalah satu penyakit kulit yang dinamakan Alopecia Areata
Alopecia Areata lazimnya dikaitkan dengan penyakit autoimmune pada kulit. Masalah ini akan menyebabkan kehilangan rambut di kepala dan bahagian lain badan. Ia bermula dengan kehilangan rambut yang kecil yang berbentuk bulat kecil sehingga menampakkan kulit kepala kemudian ia akan membesar di kepala (alopecia totalis) dan adalakanya kesemua bulu rambut di seluruh badan menjadi gugur(alopecia Universalis). Walaubagaimanapun rata-rata masalah ini terjadi di kulit kepala dan ianya terjadi kepada semua, lelaki,wanita dan kesemua peringkat umur walaupun seorang bayi turut tidak lepas daripada masalah ini.

Alopecia ini boleh menyebabkan folikel rambut menjadi mengecil dan rambut yang tumbuh semula menjadi jarang. Walaupun begitu, setiap orang adalah tidak sama pertumbuhan rambut mereka ada yang kembali lebat seperti normal da nada juga yang tidak tumbuh rambut langsung, ianya bergantung dengan tubuh seseorang tersebut.
Melalui pengalaman aku. Semasa pertama kali aku dapat masalah ini. Aku dengan pantasnya memotong pendek rambut aku macam askar, supaya rambut aku yang lain yang berada di sekitar kulit kepala aku yang bemasalh tersebut tidak turut gugur kerana ianya bagaikan tanah runtuh.. sekiranya aku membiarkan rambut tersebut panjang ia akan menjadi tidak kuat dan mudah gugur sekiranya aku menyikat rambut yang disapu pomade. Kemudian aku beli tonik rambut untuk treatment. Buat masa ini tonik rambut yang aku paling percaya sekarang adalah tonik rambut jenama Hair pro. So dalam masa beberapa minggu lagi rambut aku akan tumbuh  seperti sediakala, insyaAllah. Sebenarnya masalah ini tiada ubat yang spesifik. 


 alopecia areata





alopecia universalis

Wednesday, 13 July 2016

pengenalan diri

Blog ini adalah blog yang dihasilkan sebagai satu tugasan subjek Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan (STID 1103) oleh Universiti Utara Malaysia.





UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR



KOD DAN NAMA KURSUS
STID1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN





SEMESTER
KETIGA 2015/2016







TUGASAN 4
Blog



DISEDIAKAN UNTUK
EN. MOHAMAD NAZER BIN ANNOR




DISEDIAKAN OLEH
AHMAD FAUZI BIN JAAFAR
241051

Wednesday, 6 July 2016

Raya 2016

HARI RAYA 2016

Selamat hari raya aidilfitri, raya pada tahun ini tak sama seperti hari raya aku yang lain. Diuji dengan anak aku yang demam akibat kesan daripada pneumonia.. dengan persekitaran tempat keje yang... emmm...damn!!!  aku tak suka langsung and berharap aku cepat keluar daripada tempat ni yang bukan kepakaran aku and yang bukan minat aku, lagi-lagi pulak aku kene bekerja pada hari raya yang mulia ini buat kali pertama.

So pada hari ini aku akn mengupas serba sedikit mengenai Pneumonia dengan cara seringkas yang boleh.


Pneumonia

Penumonia terbahagi kepada 2 :
- Community associated pneumonia. =  dijangkiti daripada tempat-tempat awam
- Healthcare associated pneumonia    =  dijangkiti daripada hospital dan klinik.

Simptom:

  • Batuk
  • demam yang tinggi
  • kesukarann bernafas
  • ketap gigi dan menggigil
  • sakit dada 
  • kadar denyutan jantng yang tinggi
  • lemah badan 
  • muntah 
  • cirit birit
Punca:
Pneumonia ini berpunca daripada jangkitan virus atau bakteria yang masuk ke dalam peparu.

Risiko:
berisiko kepada peseakit astma,kencing manis, cancer untuk dijangkiti dengan mudah dan juga bayi serta kanak-kanak.

Rawatan;

  • Melalui rawatan antibiotik oral dan iv untuk melawan bakteria.
  • Nebulizer salbotamol setiap 4 jam untuk mengembangkan saluran pernafasan.
  • Kurangkan simptom seperti demam, cirit-birit serta yang lain dengan ubatan yang sesuai.

Ok rasanya cukup ringkas dan mudah untuk difahami...