Showing posts with label disease. Show all posts
Showing posts with label disease. Show all posts

Friday, 29 July 2016

PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK UNTUK BAYI KURANG DARIPADA 1 TAHUN

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG
BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK
CPR UNTUK BAYI (UMUR KURANG DARIPADA 1 TAHUN)
Apabila CPR dilakukan ke atas bayi, perhatian yang lebih diperlukan bagi mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang merbahaya kepada nya.  Maka terdapat banyak perbezaan teknik CPR dan rawatan tercekik untuk bayi 
A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)
  • Penilaian :  Tentukan tiada respons dengan menggerakkan bahu perlahan-lahan
  • Baringkan bayi di atas permukaan yang keras.  Ampu kepala dan tengkuknya jika ia perlu dipusingkann
  • Buka saluran pernafasan, gunakan teknik dongak-kepala-angkat-dagu(head-tilt-chin-lift).   Berhati-hati supaya tidak mendongakkan kepala terlalu jauh ke belakang
B. PERNAFASAN (BREATHING)
  • Penilaian :  Tentukan tiada pernafasan. sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka,  letakka telinga anda dekat dengan mulut bayi dan perhatikan pergerakkan dada, dengar dan rasa pernafasan bayi pada telinga anda.  Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada terdapat tanda-tanda trauma,  Baringkan mangsa dalam posisi pemulihan.
  • Jika mangsa tiada bernafas, berikan dua pernafasan bantuan perlahan-lahan.  Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi sekali, sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka.  Perhatikan pergerakkan dada dengan setiap pernafasan.  Pernafasan perlu diberi untuk 1 - 1 1/2 saat.dibuat antara kedua tetek bayi.   Letakkan jari hantu dan jari manis disebelstah jari telunjuk.  Angkat jari telunjuk Gunakan jari hantu dan jari manis untuk menekan sternum pada tempat tadi.   Disebabkan adanya variasi dalam saiz tangan penyelamat dan dada bayi, kaedah di atas hanyalah sebagai panduan.  Pastikan jari-jari anda tidak menekan hujung sternun (cuaran xifoid).  Tekan ernum sedalam 1/2 hingga 1 inci, sekurang-kurangnya 100 kali seminit,  Sambil memberi satu pernafasan bagi setiap 5 tekanan.

C. EDARAN DARAH (CIRCULATION)

Penilaian :  tentukan ketiadaan nadi.  Rasa nadi brakial di sebelah dalam lengan dengan 2 jari sambil mendongakkan kepala dengan tangan yang satu lagi.

Mulakan tekanan dada.  Bayang satu garis yang 


Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan.
  • Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat panggilan 999 /991( telefon cepat !)
  • Periksa nadi brakial.
  • Jika tiada nadi, teruskan tekanan dan pernafasan bantuan.
  • periksa nadi setiap beberapa minit
  • Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan.  Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan awasi nadi.  Jika bernafas, pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.

Sekiranya anda ingin mengetahu langkah-langkah CPR bagi dewasa anda boleh melawati blog http://matnurkhusairy.blogspot.my/

Thursday, 28 July 2016

Alopecia


Pada post kali ini aku akan kongsikan sesuatu yang berlaku kepada aku. Post kali ini aku akan kongsikan pasal rambut. Rambut adalah satu bahagian badan yang penting bagi seseorang. Tanpa rambut yang sihat dan lebat seseorang mungkin akan mengalami sedikit tekanan psikologi. Tekanan psikologi tersebut akan menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Malu dengan kawan-kawan dan mungkin dijadikan bahan gelak dan gurauan pada kawan-kawan.

 Baru-baru ini aku perasan yang aku keguguran rambut… bukan secara keseluruhan tapi di satu tempat berbentuk bulat kecil di kepala aku, bukan satu tapi tiga tompokan. Argghh.. tensen rasanya termasuk kali ini sudah empat kali aku kene dalam tempoh 13 tahun. Perkara yang aku alami ini adalah satu penyakit kulit yang dinamakan Alopecia Areata
Alopecia Areata lazimnya dikaitkan dengan penyakit autoimmune pada kulit. Masalah ini akan menyebabkan kehilangan rambut di kepala dan bahagian lain badan. Ia bermula dengan kehilangan rambut yang kecil yang berbentuk bulat kecil sehingga menampakkan kulit kepala kemudian ia akan membesar di kepala (alopecia totalis) dan adalakanya kesemua bulu rambut di seluruh badan menjadi gugur(alopecia Universalis). Walaubagaimanapun rata-rata masalah ini terjadi di kulit kepala dan ianya terjadi kepada semua, lelaki,wanita dan kesemua peringkat umur walaupun seorang bayi turut tidak lepas daripada masalah ini.

Alopecia ini boleh menyebabkan folikel rambut menjadi mengecil dan rambut yang tumbuh semula menjadi jarang. Walaupun begitu, setiap orang adalah tidak sama pertumbuhan rambut mereka ada yang kembali lebat seperti normal da nada juga yang tidak tumbuh rambut langsung, ianya bergantung dengan tubuh seseorang tersebut.
Melalui pengalaman aku. Semasa pertama kali aku dapat masalah ini. Aku dengan pantasnya memotong pendek rambut aku macam askar, supaya rambut aku yang lain yang berada di sekitar kulit kepala aku yang bemasalh tersebut tidak turut gugur kerana ianya bagaikan tanah runtuh.. sekiranya aku membiarkan rambut tersebut panjang ia akan menjadi tidak kuat dan mudah gugur sekiranya aku menyikat rambut yang disapu pomade. Kemudian aku beli tonik rambut untuk treatment. Buat masa ini tonik rambut yang aku paling percaya sekarang adalah tonik rambut jenama Hair pro. So dalam masa beberapa minggu lagi rambut aku akan tumbuh  seperti sediakala, insyaAllah. Sebenarnya masalah ini tiada ubat yang spesifik. 


 alopecia areata





alopecia universalis

Wednesday, 6 July 2016

Raya 2016

HARI RAYA 2016

Selamat hari raya aidilfitri, raya pada tahun ini tak sama seperti hari raya aku yang lain. Diuji dengan anak aku yang demam akibat kesan daripada pneumonia.. dengan persekitaran tempat keje yang... emmm...damn!!!  aku tak suka langsung and berharap aku cepat keluar daripada tempat ni yang bukan kepakaran aku and yang bukan minat aku, lagi-lagi pulak aku kene bekerja pada hari raya yang mulia ini buat kali pertama.

So pada hari ini aku akn mengupas serba sedikit mengenai Pneumonia dengan cara seringkas yang boleh.


Pneumonia

Penumonia terbahagi kepada 2 :
- Community associated pneumonia. =  dijangkiti daripada tempat-tempat awam
- Healthcare associated pneumonia    =  dijangkiti daripada hospital dan klinik.

Simptom:

  • Batuk
  • demam yang tinggi
  • kesukarann bernafas
  • ketap gigi dan menggigil
  • sakit dada 
  • kadar denyutan jantng yang tinggi
  • lemah badan 
  • muntah 
  • cirit birit
Punca:
Pneumonia ini berpunca daripada jangkitan virus atau bakteria yang masuk ke dalam peparu.

Risiko:
berisiko kepada peseakit astma,kencing manis, cancer untuk dijangkiti dengan mudah dan juga bayi serta kanak-kanak.

Rawatan;

  • Melalui rawatan antibiotik oral dan iv untuk melawan bakteria.
  • Nebulizer salbotamol setiap 4 jam untuk mengembangkan saluran pernafasan.
  • Kurangkan simptom seperti demam, cirit-birit serta yang lain dengan ubatan yang sesuai.

Ok rasanya cukup ringkas dan mudah untuk difahami...