Kelmarin aku bukak channel movie Astro ada satu movie yang
bertajuk As Above So Below. Apa yang menarik dari filem Hollywood ini
memaparkan satu filem yang berkisarkan sejarah.ilmu sains purba dan teori
konspirasi yang memasuukan elemen illuminati.
Tapi apa yang aku nak ketengahkan disini tentang lokasi
filem tersebut adalah di kota Paris yang mempunya jalinan laluan bawah tanah
dan kubur bawah tanah yang sangat luas.Ada sesiapa pernah dengar pasal tempat
ni? Sebenarnya nak dikatakan berhantu pun susah jugak sebab tempat ni menjadi
salah satu destinasi pelancongan kepada sesiapa yang datang ke Paris. Tapi
mengikut bualan orang tempatan (cehh macam pergi buat survey je dekat sana kan
:p), tempat ni memang agak "berpenghuni" sebab ia menempatkan
orang-orang yang dah mati.
Mengikut bacaan-bacaan yang telah dibuat, sebenarnya kawasan
Catacomb yang berada dibawah tanah ni adalah bekas galian orang-orang Roman.
Mereka gali kawasan ni untuk mendapatkan limestone atau batu kapur sebagai
bahan binaan. Selepas beberapa ketika dan dunia semakin maju, Tempat galian ini
telah menjadi satu terowong yang sangat panjang iaitu lebih kurang 300km di
bawah bandar Paris. Semasa zaman peperangan, terowong ini juga dijadikan
sebagai kubu dan tempat berlindung bagi askar-askar. Apabila peperangan tamat,
terowong ini dibiarkan kosong kembali kerana strukturnya yang tidak kukuh dan
sering berlaku runtuhan. Apabila Paris semakin maju, timbul masalah kekurangan
tempat pengebumian di sana.
Tanah perkuburan yang biasanya berada dekat dengan gereja
semakin penuh menyebabkan penduduk sekitarnya mengalami masalah. Penyebaran
penyakit merupakan ancaman terbesar bagi penduduk sekitar kerana ada mayat yang
tidak dikebumikan dengan sempurna. Akhirnya, kerajaan negara tersebut
memutuskan untuk membuka semula terowong itu dan semua mayat dipindahkan ke
situ. Upacara pemindahan mayat hanya dilakukan pada waktu malam kerana paderi
di sana mengatakan itu adalah waktu yang paling sesuai. Ini kerana bagi
masyarakat di sana, orang yang hidup tidak sepatutnya mengganggu orang yang
telah mati ("one should leave the dead alone"). Jadi bagi menghormati
mereka dan mengelakkan kejadian yang tak diingini, pemindahan rangka-rangka dan
mayat dilakukan pada waktu malam. Jadi, itulah sejarah terciptanya tempat ni.
Banyak perkara aneh sering terjadi di Catacomb ni memandangkan tempat ni
dipenuhi dengan tulang dan rangka manusia yang dah mati.
Mengikut kata orang
tempatan, ada satu kisah di mana seorang lelaki bercakap besar dan memperlekehkan
tempat tersebut. Lalu dia pun masuk ke dalam tempat ini bagi membuktikan
keberaniannya. Akibatnya, dia tersesat di dalam tempat tersebut dan sehingga
hari ini dia masih tidak keluar dari kawasan tersebut. Selain itu, terdapat
juga penampakan cahaya di dalam gambar, bunyi-bunyian suara manusia dan
perasaan diekori apabila berjalan di koridor kawasan tersebut. Terdapat juga
beberapa saksi yang pernah terlihat sekumpulan bayang-bayang berjalan di
koridor kawasan tersebut. Ada juga pengunjung yang pernah disentuh atau ditarik
oleh sesuatu dari belakang tetapi apabila menoleh ke belakang tiada sesiapa pun
di belakang mereka. Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan tetapi
memandangkan ia tempat orang mati, jadi mungkin ada logiknya terdapat jin dan syaitan
yang suka berkeliaran di kawasan tersebut. Dan tugas mereka semestinya adalah
untuk mengganggu dan menyesatkan sekalian manusia. Di bawah ini ada beberapa
keping gambar yang didakwa merupakan aktiviti paranormal yang terdapat semasa
pengunjung sedang mengambil gambar


No comments:
Post a Comment